KELAB MELAYU NSDK

Lot 2789, Tkt 4, Bangunan Kelab Melayu NS,Jalan Tuanku Munawir,
70000 Seremban,N.SembilanTel: 606 763 0849 Fax: 606 763 0164,
e mail: [email protected]

Sejarah & Latar

Bendera Negeri Sembilan

Posted by kelab melayu negeri sembilan on October 27, 2010 at 4:33 AM





Bendera Negeri Sembilan Darul Khusus

Perihal dan Makna:

Bendera ini merangkumi 3 warna iaitu Merah di sudut kiri sebelah atas manakala Hitam di sudut kiri di sebelah bawah dan warna kuning di bahagian yang lain.

Mengikut definasi makna sekarang-

"MERAH" maksudnya rakyat yang diberi hak melalui perlembagaan negara dan negeri.
"HITAM"- melambangkan kebesaran undang berempat
"KUNING"- melambang warna Raja 

Sejarahnya:-

Tidak tercatit di mana-mana buku sejarah mahupun fail-fail Jabatan Kerajaan yang menyebut dengan tepat tentang bagaimana terciptanya bendera Negeri Sembilan.

Dalam fail di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, negeri Sembilan (bilangan 490/53) hanya tercatat kemungkinan bendera ini direka dan di cipta serta di pakai pada 1895. Ini berhubungkait dengan kemasukan Negeri Sembilan sebagai negeri bersekutu 1895 dan penyatuan semula Negeri Sembilan dengan campur tangan pihak British di mana melalui Perjanjian 1898, YTM Undang yang Berempat telah bersetuju untuk memperakui semula Yamtuan Muhammad sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan manakala Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan memperakui kebesaran dan kuasa Undang yang berempat DAN kesemua Undang Berempat serta  Yang DiPertuan Besar bersetuju menerima pihak British sebagai penasihat dalam pentadbiran negeri.

Makna asal warna dalam bendera negeri adalah MERAH bermakna Kerajaan British, HITAM bermakna kebesaran Undang Berempat dan KUNING bermakna Raja (Yang DiPertuan Besar) yang di daulatkan. Secara asasnya makna asal warna dalam bendera negeri sembilan adalah perakuan tentang kebesaran Raja, Undang Berempat dan naungan dari Kerajaan British

Setelah kemerdekaan Tanah Melayu pada 31-08-1957, maka timbul persoalan sama ada warna merah masih diperlukan lagi atau sebaliknya memandangkan Negeri Sembilan sebagai negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka dari cengkaman penjajahan British. Timbul cadangan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 1957 untuk menghapuskan warna merah di atas bendera Negeri Sembilan. Akhirnya diputuskan oleh kerana warna merah tersebut telah lama digunapakai dalam bendera Negeri Sembilan ,Majlis menerima usul Allahyarham Tan Sri Abd Samad Hj Idris yang pada ketika itu menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, untuk menggantikan makna MERAH di bendera Negeri Sembilan sebagai " rakyat yang diberi hak melalui perlembagaan negara dan negeri."

Usul serta keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ini telah di terima baik dan diluluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, YTM  Undang Berempat dan Tunku Besar Tampin dalam mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang pada 29-12-1960.

Dengan kelulusan tersebut maka dengan rasminya bendera Negeri Sembilan digunapakai dengan maksud yang ada sekarang yang menggabungkan rakyat,Undang dan Raja yang tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia.


Disusun oleh Allahyarham Tan Sri Abd Samad bin Hj Idris dengan olahan semula




Categories: Sejarah Negeri Sembilan

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

4 Comments

Reply Maizan
9:43 PM on January 10, 2011 
Merah, Kuning, Hitam bukankah melambangkan Luak Nan Tigo yaitu Luak Tanah Datar, Luak Agam dan Luak 50 Koto?
Reply kelab melayu
1:58 PM on January 29, 2011 
Mengikut fail Setiausaha Kerajaan Negeri begitulah. Sebenarnya warna Merah , hitam dan Kuning juga digunakan oleh British sebagai asas untuk bendera negeri-negeri bersekutu yang lain seperti Pahang, Perak dan Selangor. Bendera Federated Malay States juga menggunakan asas warna yang sama.
Reply AmsaVall shirly Ann
11:30 PM on June 5, 2012 
It is Lyk shit. Only?........no use u blady stupid guys
Reply azlin
4:49 AM on June 17, 2013 
negerikuuuuuuuuuuu.....................!!!

Video Pilihan

1674 views - 0 comments
1518 views - 0 comments
1212 views - 1 comment